• Perkhidmatan Atas Talian

  • Aktiviti

  • Judul Pilihan

  • Statistik

Aktiviti
Harap Maaf. Tiada aktiviti terkini buat masa ini. Sebarang p...
<<Prev Next>>

Statistik Transaksi Perkhidmatan Online 2019
Tempahan Bahan Atas Talian Melalui Perkhidmatan u-Pustaka

Bulan Jan Feb Mac April Mei Jun Julai Ogos Sept Okt Nov Dis
Bilangan Bahan Ditempah  0  0  0 2  1  0  0  1        

 

  • Berita Semasa

  • Tender & Sebutharga

vertical horizontal


Akta Perlindungan Data Peribadi

Notis Penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Kepada Pelanggan yang dihormati,
Pengurusan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang ( PPAP ) meletakkan kepentingan untuk mengikuti sebarang perubahan perundangan dan peraturan termasuk Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang sedang berkuatkuasa. Notis ini adalah untuk memaklumkan anda tentang usaha kami dalam memastikan kami mematuhi Akta ini dan untuk memberitahu maklumat-maklumat peribadi anda yang mungkin kami proses dan cara kami berbuat demikian.

PPAP akan memproses data peribadi seperti berikut, seperti yang diberikan oleh anda atau pembekal perkhidmatan yang diupah oleh PPAP:

  • Nama;
  • Nombor Mykad, Mykid, MyPR, Passport;
  • Butir-butir untuk dihubungi seperti nombor telefon, alamat emel, alamat surat-menyurat; dan
  • Semua data peribadi lain yang diberikan oleh anda atau pembekal dari domain awam.

Kami akan memproses data peribadi anda bagi tujuan-tujuan berikut:-

  • Pendaftaran Keahlian Perpustakaan;
  • Pendaftaran Keahlian u-Pustaka.

Maklumat anda adalah diperlukan oleh pihak kami. Jika anda tidak memberikan maklumat seperti yang dimohon, kami tidak berupaya untuk menyimpan rekod yang lengkap tentang anda dan ini akan menjejeaskan keupayaan kami untuk menyempurnakan tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas.

Penzahiran Data Peribadi Anda

Kami mungkin akan menzahirkan data peribadi anda kepada pihak-pihak yang dinyatakan di bawah bagi tujuan-tujuan yang dinyatakan:

  • Ejen dan pembekal perkhidmatan yang membekalkan perkhidmatan yang berkaitan dengan tujuan di mana data peribadi diberikan;
  • Pihak ketiga (termasuk yang berada di luar negara) yang membekalkan servis pemprosesan data; dan
  • Sesiapa yang berada di bawah kewajipan kerahsian yang telah berjanji akan menyimpan data tersebut sebagai sulit.

Kami mungkin juga akan menzahirkan data peribadi anda jikalau dikehendaki oleh undang-undang atau secara suci hati, jikalau penzahiran tersebut adalah perlu untuk:

(i) mengikut keperluan mana-mana agensi penguatkuasaan undang-undang, perintah mahkamah atau proses undang-undang dan

(ii) melindungi dan membela hak-hak atau harta PPAP

Akses, Pembetulan dan Aduan

Anda boleh meminta akses untuk membuat pembetulan kepada atau untuk menghapuskan maklumat peribadi anda atau untuk menghadkan pemprosesan itu pada bila-bila masa selepas ini.

Sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dengan maklumat peribadi, anda boleh salurkan kepada pihak PPAP dengan mengemukakan permintaan tersebut kepada alamat berikut;

Pengarah
Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Jalan Kemunting
25100 Kuantan
Pahang Darul Makmur

No. Telefon: 09-5155050

 


Jom Baca 5 Minit Di Dasar Laut

PULAU TIOMAN, 18 Ogos 2016 - Program Jom Baca 5 Minit Di Dasar Laut telah dianjurkan oleh Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan di Pulau Tioman. Ia bertujuan untuk mempromosi aktiviti selam skuba di dalam negara di samping mempromosikan tempat-tempat perlancongan yang menraik di Malaysia. Dalam program ini, Datuk Mas Emieyati Samsudin telah mengetuai peletakan tukun tiruan bagi program "Jom Baca 5 Minit Di Dasar Laut" yang ditaja oleh Gallery Book Store diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Salleh Saidin. Program ini turut dihadiri oleh Exco ( Pembangunan Wanita dan Keluarga) Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Shahaniza Binti Shamsuddin dan pengarah Pejabat Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang Datuk Idros Bin Yahya dan Pengarah Tourism Malaysia Pahang Mohd Faharuddin Hatmin serta Puan Hajah Faridzah Binti Jaafar, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

 membacadidasarlaut