Perpustakaan Awam Daerah Cameron Highlands

 

pengenalan koleksi kakitangan program album laporan

 

 

 

 

Pengenalan..

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah mencadangkan projek pembinaan sebuah Perpustakan Awam Daerah, dilaksanakan kerana permintaan pihak tertentu seawal tahun 1980-an lagi.Ia bertujuan untuk mewujudkan sebuah prasarana ilmu kepada penduduk setempat. Projek pembinaan ini bermula di bawah Rancangan Malaysia ke-8 dengan peruntukan sebanyak 2.5 juta dan keluasan tapak adalah 1.468 hektar di Tanah Rata Cameron Highlands. Projek pembinaan bermula pada 22 Oktober 2002 dan siap pada 23 Januari 2003 dengan keluasan bangunan 1915 meter persegi.Perpustakaan Awam Daerah Cameron Highlands mula beroperasi sepenuhnya pada 01 September 2003 .Perpustakaan tersebut menjadi salah satu lokasi pelancongan yang menarik kerana keunikan seni bina bangunan Perpustakaan yang bercirikan kolonial.Selain itu,kedudukan bangunan Perpustakaan di kawasan Tanah Tinggi,membuatkan pengunjung berasa tenang,nyaman dan tenteram untuk mengunjungi Perpustakaan.

 

Sila Hubungi :

Perpustakaan Awam Daerah Cameron Highlands, 39000 Tanah Rata, Pahang
Tel: 05-4901330/4901331
Fax: 05-4901332
E-mail : ch@pahanglibrary.gov.my
 

 

 

Perpustakaan Awam Daerah Cameron Highlands,39000 Tanah Rata.Tel: 05-4901330,Fax : 05-4901332