#BUKUSYOK

Katak Di Luar Tempurung

Syed Alwi Alatas
Galeri Ilmu Sdn Bhd
978 - 983 – 097 – 626 - 6
206
User rating: / 1
PoorBest 

Ulasan

Buku Katak DI Luar Tempurung tulisan Syed Alwi Alatas mengajak pembaca membangunkan keyakinan diri, tidak lagi berterusan berkata "tidak boleh". Sebaliknya, katakan "saya boleh" dan lakukan tanpa keraguan. Keyakinan diri tidak bergantung pada penampilan, kekayaan ataupun penilaian orang lain. Tetapi dipengaruhi oleh sikap individu yang bersumberkan pada keyakinan bahawa setiap orang sebenarnya memiliki kemampuan yang unik, kemampuan yang berasal dari Penciptanya.

Tidak perlu jauh-jauh mencari keyakinan diri. Sebaik-baik sumber keyakinan dan harga diri adalah iman. Bersama ilmu, iman akan mengangkat darjat seseorang dan membawanya pada kemenangan dan kejayaan yang sebenarnya. Kuncinya adalah Iman.