Sinopsis Buku

Perisai Buat Wanita: Melindungi Daripada Lelaki Perosak

Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
305.42 AIR
978-967-61-2606-1
PAD Pekan
74
User rating: / 
PoorBest 

Ulasan

Buku ini merupakan nukilan ilmu yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan melibatkan golongan wanita dan remaja perempuan. Menyingkap pelbagai kes yang melibatkan mangsanya wanita dan pemangsanya lelaki perosak, inti pati buku motivasi ini mengajar dan mendidik secara praktikal bagaimana untuk melayari perhubungan cinta sesama manusia agar tidak mudah terjerat ke kancah permainan lelaki perosak.

Bermula dengan perkenalan di awal pusingan sehinggalah ke arena perkahwinan, golongan wanita berpandukan tentang bagaimana untuk mengenali dan menilai lelaki sama ada melalui tutur kata, pandangan mata mahupun sentuhan pertama mereka. Selain itu, ia juga menitik beratkan tentang pembawakan watak selaku seorang isteri terhadap suami agar si suami tidak mudah beralih arah atau lebih teruk menjadi lelaki perosak.

Kadar percintaan dan keutamaan meletakkan percintaan juga dibangkitkan sebagai pembuka hati dan perasaan agar tidak sekali-kali mendambakan cinta sesama manusia melampaui cinta Ilahi. Ternyata konsep 50% yang digarap dalam buku ini memberi impak besar buat para pembaca.

Secara keseluruhan, buku ini menyentuh mengenai perhubungan yang terjalin dalam kalangan remaja dari peringkat sekolah, pengajian tinggi dan golongan wanita, serta tidak terhad kepada yang bekerjaya sahaja. Buku ini juga menyentuh perihal pasangan suami isteri tentang hak dan tanggungjawab masing-masing. Pendekatan dalam penyampaian buku ini bukan sahaja sesuai kepada pembaca beragama Islam tetapi boleh dijadikan panduan oleh pelbagai bangsa dan rumah, pusat sumber, sekolah, institut pengajian tinggi, badan-badan kerajaan dan swasta serta semua wanita.