Sinopsis Buku

Harta Kita Hak Siapa

Amin Ahmad
Al-Ameen Serve Holdings Sdn Bhd
346.052
978-967-362-034-0
Perpustakaan Awam Daerah Pekan
378
User rating: / 
PoorBest 

Ulasan

Buku yang bertajuk Harta Kita Hak Siapa ini membicarakan tentang perihal bagi memastikan harta pusaka anda akan dimiliki oleh waris yang berhak.

buku ini juga memberi panduan kepada kita bagi mengelakkan pelbagai masalah dan kekeliruan dalam pengurusan harta pusaka. Pastikan harta pusaka anda diwasiatkan dan anda tahu bagaimana untuk menguruskan harta yang tidak diwasiatkan.

Di samping itu, buku ini dengan ringkas dan padat menjelaskan tentang peraturan dan undang-undang dalam pengurusan harta pusaka. Buku ini memberi pelbagai cara penyelesaian agar harta pusaka itu dapat di pindah milik kepada waris yang berhak.

Semua orang mesti membaca buku ini. Harta yang ditinggalkan itu adalah amanah dan waris yang tinggal mesti belajar menguruskannya. Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca. InshaAllah.