#BUKUSYOK

Mari Belajar Memandu ( Learn To Drive )

Camelia Lim, Nur Aina
Aras Ilmu Enterprise
978-967-0680-31-6
Perpustakaan Desa Sanggang
40
User rating: / 
PoorBest 

Ulasan

Saya tertarik untuk membuat ulasan buku yang bertajuk Mari Belajar Memandu ( Learn To Drive ) dari siri Malu Bertanya Sesat Jalan. Watak utama di dalam buku ini ialah Pak Pandir yang penuh dengan kelucuan di atas sikap lurus bendulnya. Cerita bermula apabila Pak Pandir berangan-angan untuk memiliki kereta Malaysia iaitu Proton Perdana, hasratnya itu disampaikan kepada isterinya Mak Andih. Mak Andih mempertikaikan hasrat Pak Pandir kerana jika ingin memandu kereta mestilah ada lesen memandu sedangkan Pak Pandir bawa basikal pun tidak tahu. Demi memenuhi hasratnya Pak Pandir pun mengambil lesen memandu. Bermulalah beberapa adengan yang melucukan sewaktu Pak Pandir diuji oleh Pegawai Pemeriksa. Apabila keputusan dikeluarkan Pak Pandir gagal dalam ujian tersebut.