#BUKUSYOK

Undang-undang Berkaitan Orang Gila

Dewan Bahasa dan Pustaka
Perpustakaan Awam Daerah Pekan
305
User rating: / 
PoorBest 

Ulasan

Buku Undang-undang berkaitan Orang Gila menjurus kepada aspek pengurusan dan undang-undang terhadap salah satu kategori orang "bernasib malang'', iaitu orang gila. Apabila seseorang tersebut gila atau menjadi gila, mereka kehilangan banyak hal        ( yang terdapat pada orng normal ).

Perbincangan dalam buku ini dimulakan dengan perkara-perkara umum berkaitan orang gila, termasuk sebab munasabah berlakunya gila, kerangka perundangan ada, dan juga perspektif Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam menangani hal ehwal orang gila secara positif. Turut diketengahkan ialah perspektif undang-undang Islam dalam beberapa perkara yang ada kaitan dengan orang gila. Selain itu, beberapa perkara berkaitan pembelaan ( jenayah dan tort ) turut diketengahkan dalam buku ini. Seterusnya aspek hilang keupayaan dan hak bagi orang gila juga dibincangkan. Satu lagi aspek penting dan utama dalam hal berkaitan orang gila adalah dalam menjaga kebajikan mereka, terutamanya dari perspektif undang-undang.