#BUKUSYOK

Karpal Singh, Tigers Of Jelutong: The Full Biography

Tim Donoghue
2014
Marshall Cavendish Editions
324.2209
9789814561457
RM60.50
Perpustakaan Awam Daerah Lipis
1579
User rating: / 
PoorBest 

Ulasan

Karpal Singh sering disebut sebagai salah seorang peguam terbaik di Malaysia. Kematian beliau pada 17 April 2014 telah mengejutkan rakyat Malaysia dan menginggalkan kesan yang mendalam kepada landskap perundangan dan politik di negara ini.

 

Buku biografi ini menceritakan mengenai kisah hidup mendiang Karpal Singh sejak dari alam persekolahan hingga kepada kes-kes perundangan mencabar yang dikendalikannya. Ditulis oleh Tim Donoghue, seorang wartawan dari New Zealand yang merupakan sahabat karib mendiang Karpal Singh. Buku ini juga membuka ruang kepada pembaca untuk menyelami perjalanan hidup karier beliau sebagai ahli politik dan peguam yang disegani hingga digelar sebagai Harimau Jelutong (Tigers of Jelutong).

Buku ini sesuai dibaca oleh mereka yang menggemari bidang undang-undang, penganalisis perundangan, pelajar dan sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui kisah dan perjalanan karier mendiang Karpal Singh yang mencabar ini.