Sinopsis Buku

Rindu Awak 200%

Kanak- kanak
978-983-124-882-9
PAD Maran
80
User rating: / 1
PoorBest 

Ulasan

Novel ini mengisahkan tentang percintaan selepas berkahwin antara Zill Faezrul Iqbal dengan Armel Aisya. Armel Aisya mempunyai hobi suka mengambil gambar. Hobinya itu dijadikan sebagai pendapatan sampingan ketika dia sedang melanjutkan pelajaran. Walaubagaimanapun, hobinya itu disalah tafsir oleh ibunya sendiri. Keadaan itu menimbulkan perselisihan faham antara Armel dan ibunya.

Armel juga seorang yang keras kepala apabila menolak cadangan untuk dijodohkan oleh orang tuanya dengan anak kenalan mereka. Armel tidak sependapat dengan ibunya. Akhirnya dia memilih Zill Faezrul sebagai suaminya. Iaitu seorang lelaki yang pernah dia ambil gambarnya. 

Novel percintaan seperti ini adalah seronok dibaca bagi mengisi masa lapang. Sesuai untuk bacaan remaja dan dewasa. Novel ini juga telah diadaptasikan ke drama disaluran akasia TV3.