#BUKUSYOK

Ampunkan Aku Mama

Kanak- kanak
K.A Razhiyah
978-983-060-541-8
Perpustakaan Desa Mengkarak
743
User rating: / 
PoorBest 

Ulasan

Buku cerita ini berjudul Ampunkan Aku Mama. Cerita ini mengisahkan tentang kehidupan seorang remaja yang sedang membesar telah melalui pengalaman dan pengajaran yang membuatkannya sedar akan kesilapan dan berasa insaf.

Intan ialah seorang anak yang baik kepada kedua ibu bapanya. Ibu bapa intan sering menasihati dan mendidik Intan dengan ilmu yang baik. Namun, disekolah Intan telah dipengaruhi oleh rakan sebayanya iaitu Ida dan Asmah. Mereka mempengaruhi Intan untuk ponteng kelas, menipu ibu bapanya, serta mencuri. Ibu bapa Intan menasihatinya namun Intan tetap berkeras dan berdegil serta terus melakukan perkara yang sama tanpa menghiraukan nasihat ibubapanya.

Lama-kelamaan, bapa Intan tidak dapat menahan sabar lalu menamparnya berkali-kali. Ibunya berpesan pada Intan supaya pulang dari sekolah lalu mengikut jalan di hadapan rumah orang supaya tidak berbahaya dan mengelakkan berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Intan sedikit tidak menghiraukan nasihat ibunya lalu berkeras untuk lalu di jalan belakang supaya cepat sampai ke rumah.

Nasibnya tidak baik, semasa dalam perjalanan pulang ke rumah di jalan belakang yang sunyi dan tiada orang, Intan di datangi dua orang lelaki berbadan besar dan menculiknya serta di bawa masuk ke dalam sebuah van. Di dalam van tersebut bukan sahaja Intan tetapi ada lagi dua orang budak yang masih berpakaian sekolah sedang berpelukan ketakutan. Intan mencuri dengar perbualan telefon lelaki tersebut bahawa mereka akan dijual ke sempadan. Intan menjadi ketakutan dan lantas terus mengingati akan kedua ibu bapanya yang pasti sedang risau.

Tiba-tiba, van tersebut berhenti disebuah kedai kopi. Lelaki tersebut memberi peluang kepada Intan untuk turun ke tandas. Intan mengambil peluang ini memikirkan cara untuk melarikan diri. Intan meminta bantuan daripada pelayan kedai kopi tersebut yang bernama Tambi. Intan mengatakan bahawa dia telah diculik dan meminta bantuan dari Tambi untuk membantu melarikan diri. Tambi membantu Intan bersembunyi dan berpura-pura tidak tahu akan perihal Intan. Keadaan menjadi semakin kecoh, lelaki tersebut berlalu pergi menaiki van tanpa mengetahui Intan masib bersembunyi di kedai kopi itu.

Tambi dan tauke kedai itu membantu menghubungi polis dan ibu bapa Intan. Intan mengunngu ibu bapanya datang. Tidak lama kemudian muncul kenderaan polis yang membawa dua orang lelkai tersebut yang telah terperangkap. Manakala dua orang budak itu selamat dan mereka berpelukan menangis memanjatkan rasa syukur. Sejak dari peristiwa hitam itu Intan mula sedar dan instas atas apa yang telah dilakukannya dan memohon ampun dan maaf kepada ibu bapanya.