#BUKUSYOK

Kasih Sayang Yang Terindah

Kanak- kanak
Nor Aslina Mamat
Mindamax Sdn Bhd
Perpustakaan Desa Mengkarak
62
User rating: / 
PoorBest 

Ulasan

Buku cerita ini berjudul Kasih Sayang Yang Terindah. Cerita ini mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang serba kesusahan. Di dalam sebuah keluarga yang mempunyai dua orang adik-beradik iaitu Syahir dan kakaknya. Mereka tinggal bersama ibunya yang bertungkus lumus untuk menyara kehidupan mereka dengan penuh kasih sayang.

Syahir seorang anak yang degil dan tidak mendengar kata. DIa selalu datang lewat ke sekolah dan mempunyai keputusan yang teruk dalam peperiksaa.

Ibunya sering bersedih dan kecewa dengan sikapnya, namun seorang ibu tidak mampu untuk menutup kasih sayang terhadap anaknya. Ibunya sering berusaha untuk memenuhi kehendak Syahir biarpun Syahir seringkali mengecewakannya.

                Sikapnya itu juga menyebabkan kakaknya sering memarahi dan menasihatinya agar tidak berkelakuan sebagitu. Namun, Syahir sedikitpun tidak mengendahkannya malah lagi melawan kata-kata kakaknya. Kakaknya kasihan melihat ibu bersedih tetapi apa lagi yang harus dilakukan kakaknya untuk menyedarkan Syahir yang begitu keras kepala. Ibunya tetap tenang dengan sikap Syahir dan sentiasa berdoa agar Syahir berlembut hati dan berubah suatu hari nanti

                Pada suatu malam, hari sudah semakin lewat Syahir bergegas-gegas mahu keluar berjumpa rakannya. Ibu dan kakaknya cuba menghalang dan menasihatinya namun Syahir tidak peduli sama sekali. Malam itu juga mereka mendapat berita Syahir kemalangan jalanraya akibat daripada berlumba motorsikal bersama rakannya dan terlantar dihopital.

                Sesampai ibunya dihospital memeluk erat Syahir yang terlantar diatas atas sambil menangis teresak mengenangkan nasib anakn ya itu. Setelah sedar Syahir mengenggam tangan ibunya dan memohon maaf diatas kekhilafan dan sikapnya selama ini. Syahir berasa insaf dan mahu berubah menjadi manusia yang berguna serta berbakti kepada org tua nya. Akhirnya, Syahir teruskan menuntut ilmu dan kini dia telah menyambung pengajiannya ke Jordan. Hari demi hari ibunya tidak sabar menanti kepulangan Syahir ke rumah setelah tamat tempoh pengajiannya.