#BUKUSYOK

Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Gunakan Secara Sihat dan Selamat

Karya Am
Maslin Masrom
Dewan Bahasa dan Pustaka
978-983-49-1545-2
Perpustakaan Awam Daerah Temerloh
318
User rating: / 
PoorBest 

Ulasan

Pernahkah anda berasa lenguh dan sakit pada tengkuk apabila duduk lama di hadapan komputer? Perkara ini pernah saya alami.

Membaca buku Teknologi Maklumat dan Komunikasi: Gunakan Secara Sihat dan Selamat ini menerangkan mengenai permasalahan kesihatan dan juga cara menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunisasi secara sihat dan selamat.

Buku ini disertakan dengan ilustrasi bagi menerangkan masalah kesihatan akibat Teknologi Maklumat dan Komunikasi contohnya Sindrom Terowong Kapal iaitu keadaan tangan dan jari yang sakit akibat tekanan pada saraf disebabkan pergerakan berulang-ulang tangan dan jari dalam masa yang lama.

Tambahkan pengetahuan anda mengenai masalah dan bahaya Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta cara menanganinya dengan membaca buku ini. Semoga ilmu dari pembacaan buku ini dapat membantu kita.