#BUKUSYOK

Kerana Aku Seorang Perempuan

QUE.RIL.LA
978-967-2011-93-4
Perpustakaan Desa Sanggang
47
User rating: / 1
PoorBest 

Ulasan

Saya merupakan perminat pelakon Rita Rudaini maka saya tertarik untuk membaca kisah hidup beilau. Beliau telah mengabadikan kisah hidupnye dalam bentuk biografi untuk tatapan para pembaca yang bertajuk Kerana Aku Seorang Perempuan.

Buku ini menceritakan kisah hidup Rita Rudaini seawal usia kanak-kanak, remaja, penghijrahan beliau ke Kuala Lumpur, pembabitan beliau dalam dunia lakonan dan penceraian dengan suami pertama. Perkenalan, percintaan, perkahwinan dan penceraian beliau dengan Mohd Aidil Zafuan Abd Razak adalah kemuncak segala ranjau yang terpaksa beliau tempuhi. Pernikahan rahsia, perkahwinan yang tidak direstui keluarga mentua, keperitan membesarkan anak tanpa suami di sisi, turun naik mahkamah bagi mendapatkan hak anak-anak membuatkan beliau tabah menggalas segala bebanan yang ditanggung seorang diri.

Buku ini sesuai untuk dijadikan motivasi buat wanita-wanita di luar sana yang menghadapi masalah yang sama supaya bangkit dari masalah yang membelenggu diri. Berpandangan jauh ke hadapan kerana hanya kita yang boleh merubah nasib kita dengan keizinanNya juga.