#BUKUSYOK

Raja & Rakyat berpisah tiada : KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah

2010
2011-01905
9785980008
271
RM125.00
2177
User rating: / 
PoorBest 

Ulasan

Raja dan Rakyat Berpisah Tiada merupakan sebuah buku hasil cetusan idea dan titah daripada kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang,Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah

Karya ini antara lain mengajak rakyat untuk mengenali sejarah susur galur Kesultanan Pahang yang merupakan kesinambungan kepada Kesultanan Melayu.

Bagaimanapun arus kemodenan menyaksikan keutuhan institusi beraja yang
menjadi paksi kekuatan masyarakat Melayu sejak zaman berzaman tersentak seketika
tatkala masyarakat di peringkat nasional sejak kebelakangan ini mula pempersoalkan
kedaulatan dan kredibiliti raja-raja Melayu sekarang. Justeru ,buku ini merungkai secara terperinci bagaimana raja-raja keseluruhannya termasuk peranan Sultan Ahmad Shah yang berjaya menyatupadukan rakyat di negara ini.

karya ini juga secara tidak langsung akan mendedahkan formula disebalik kemajuan yang dicapai oleh negeri Pahang Darul Makmur dan juga merungkai persepsi rakyat terhadap Raja Pemerintah dan persepsi daripada kacamata Raja Penerintah terhadap rakyatnya. Sesungguhnya Raja dan Rakyat Berpisah Tiada merupakan satu rujukan penting kepada masyarakat ,tanpa mengira asal dan keturunan.Ingatlah bahawa sejarah bangsa bernegara berlandaskan adat rakyat bersultan dan negeri beraja.