Sinopsis Buku

Koleksi Pantun Untuk Majlis Perkahwinan dan Persandingan Melayu

Kesusasteraan
PTS Millennia
983-3372-00-7
Perpustakaan Desa Sanggang
30
User rating: / 
PoorBest 

Ulasan

Buku Koleksi Pantun Untuk Majlis Perkahwinan dan Persandingan Melayu ini amat membantu bagi sesiapa yang ingin merancang majlis perkahwinan dan persandingan supaya majlis yang akan diadakan nanti menjadi seperti yang diidam-idamkan.

Pantun dan gurindam yang terdapat di dalam buku ini meliputi untuk acara merisik, meminang, majlis pernikahan dan persandingan. Penulis juga menitipkan perkara apa yang perlu dan tidak seharusnya dilakukan semasa majlis sedang berlangsung.

Bagi pengacara majlis buku ini dapat membantu untuk dijadikan rujukan supaya majlis pernikahan dan persandingan menjadi indah dan sempurna. Bahan-bahan yang terdapat di dalam buku ini adalah daripada tradisi bahasa Melayu klasik yang terkenal dengan kehalusan bahasanya.

Saranan saya tidak rugi kita memiliki buku ini sebagai koleksi tetapi boleh juga dijadikan sebagai bahan rujukan.