Sinopsis Buku

Apa Yang Perlu Anda Ketahui Tentang Kanser Payudara

Sains Teknologi
Dewan Bahasa dan Pustaka
618.4 NOR
978-983-46-1229-0
PAD Temerloh
355
User rating: / 
PoorBest 

Ulasan

Tahukah anda bahawa setiap wanita berisiko untuk diserang kanser payudara? Lebih membimbangkan jika ada ahli keluarga yang menghidapi penyakit maut ini.

Buku ini mengandungi perincian tentang pelbagai aspek yang berkaitan dengan kanser payudara seperti mengenal pasti penyakit, gejala, faktor risiko kanser, faktor pelindung, kaedah saringan, diagnosis, kaedah rawatan, dan kesan jika lewat menerima rawatan. Yang lebih menarik pengarang turut menyisipkan kisah benar penghidap kanser payudara sebagai teladan buat golongan wanita.

Pengarang turut mengupas kecenderungan pesakit yang mendapatkan rawatan alternatif untuk memulihkan kanser payudara. Akhirnya kebanyakan pesakit datang berjumpa doktor setelah penyakit semakin kronik dan sukar dipulihkan.

Buku ini sangat sesuai sebagai rujukan golongan wanita tidak mengira umur kerana penyakit ini boleh menyerang bila-bila masa apatah lagi gaya hidup dan corak pemakanan hari ini mendedahkan sesiapa sahaja kepada risiko serangan kanser.