#BUKUSYOK

Panduan Senaman Untuk Kesihatan

Sains Teknologi
Dewan Bahasa dan Pustaka
978-983-49-1354-0
Perpustakaan Awam Daerah Maran
410
User rating: / 1
PoorBest 

Ulasan

Buku ini ditulis untuk memberi panduan kepada pembaca tentang amalan penjagaan kesihatan melalui senaman. Dewasa ini mesyarakat mula menyedari hakikat penjagaan kesihatan. Masayrakat hari ini mementingkan aktiviti fizikal untuk penjagaan diri. Amalan gaya hidup sihat yang menekankan aktiviti fizikal secara berterusan dapat menyumbangkan kepada kesihatan dan kesejahteraan yang menyeluruh. Kepentingan senaman sering diperakui dapat membantu individu menjalani kehidupan dengan lebih baik. Ianya bukan sahaja kepada kesihatan fizikal, bahkan mental, sosial,  emosi serta rohani.

Buku ini menyediakan panduan tentang kaedah memulakan sesi senaman untuk mengelakkan kecederaan. Selain itu, panduan juga disediakan bagi jenis senaman yang menggunakan peralatan yang mudah didapati seperti getah jalur rintangan. Buku ini amat sesuai bagi mereka yang sukakan aktiviti fizikal dan menambah pengetahuan. Buku ini juga harus dibaca untuk mengelakkan sebarang kecederaan ketika melakukan senaman.

Dengan panduan yang diketengahkan dalam buku ini, penulisnya mengharapkan agar buku ini dapat mencetus dan mengubah minat masyarakat terhadap penjagaan kesihatan. Juga dapat membudayakan aktiviti senaman dan sukan dalam kehidupan harian.