Sinopsis Buku

Ingatlah AKU Kau KUingat

Agama
2007
Nafas
297.211 ABD
978-979-16643-4-9
285
PAD Pekan
460
User rating: / 
PoorBest 

Ulasan

Buku yang bertajuk "Ingatlah AKU Kau KUingat" ini ditulis oleh Dr. Abdul Halim Mahmud. Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat kerana buku ini menyatakan tentang hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Menurut firmanNya yang bermaksud Ingatlah AKU, nescaya KUingat engkau..(Al-Baqarah [2]:152). Menurut penulis buku ini menyatakan saat seorang hamba menyebut nama ALLAH dengan lisan dan hatinya, maka saat itu ia sedang mengingatkan dan memanggilNya. Keutamaan menyebut namaNya tidak terhitung dan tidak terbatas. Semua itu kerana seseorang yang menyebutnya, ia sedang mengikat dirinya dengan keutamaan ALLAH, Tuhan yang tiada sekutu bagiNya. Dialah yang Maha Mendengar doa, mengasihi hambaNya dan meredhai orang-orang yang memurnikan iman kepadaNya.

Buku ini juga menyajikan keutamaan dalm menyebutNya. Dilengkapi dengan dalil-dalil dari Al-Quran dan sunnah RasulNya. Buku ini juga menggambarkan dengan jelas kepada anda cara mengingat ALLAH dan diingat oleh ALLAH.