Sinopsis Buku

Israk Mikraj: Tinjauan Saintifik Disebalik Kontroversi

Agama
Armansyah
2011
PTS Islamika Sdn Bhd
297.633 ARM
978-1-101-87439-4
Perpustakaan Awam Daerah Temerloh
426
User rating: / 1
PoorBest 

Ulasan

Dalam sejarah kenabian Muhammad, tidak ada mukjizat selain dari pembelahan bulan yang mendatangkan kontroversi sepanjang zaman kecuali peristiwa Israk dan Mikraj. Ada yang menganggap kisah tersebut hanyalah khayalan dan mimpi Nabi Muhammad. Ada yang menganggap itu hanyalah cerita rekaan para penulis hadis. Persoalan ini menjadi begiotu kompleks sehingga golongan yang mengingkarinya berhujah dengan fakta-fakta seumber hadis yang sahih. Manakala golongan pembela pula sebahagiannya memendamkan hujah itu dan membiarkan iman memutuskan kebenarannya. Buku Israk dan Mikraj: Tinjauan Saintifik Disebalik Kontroversi menjawab dakwaan-dakwaan yang berkaitan dengan peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad menggunakan hujah Al-Quran, hadis, fakta saintifik dan logik yang menggunakan analogi yang mudah diterima malah sering dialami di sekeliling kita.