Sinopsis Buku

Rabiatul Adawiyah Perindu Cinta Abadi

Agama
PTS Litera Utama
297.18 ZAH
9789833892747
PD Simpang Pelangai
233
User rating: / 
PoorBest 

Ulasan

Buku Rabiatul Adawiyah menceritakan seorang wanita yang diangkat tarafnya menjadi wali. Punyai suara yang merdu dan wajah yang ayu, namun cinta hatinya tidak mampu dimiliki lelaki. Biarpun ulama terbilang yang datang meminang, biarpun Sultan Negara yang datang merisik. Rabiatul Adawiyah kekal sendiri kerana cinta hatinya hanya untukNya. Beliau merupakan anak keempat dalam keluarga yang miskin. Beliau dinamakan Rabiah yang bermakna nombor empat. Beliau diuji dengan kematian ayah dan ibunya pada saat beliau masih muda. Tidak cukup itu, beliau diculik pula lalu dijadikan hamba.

Beliau tidak menyesal takdir hidupnya begitu kerana berserah diri dan hanya mengadu kepada ALLAH. Sampai akhir hayatnya, Rabiah tersenyum saat malaikat maut datang mengambil nyawa kerana terlalu rindu kepada kekasih hatinya.