Sinopsis Buku

Perjanjian Hudaibiyah

Agama
PTS Litera Utama
297.18 ABD
978-967-408-045-7
PAD BERA
137
User rating: / 
PoorBest 

Ulasan

Pada akhir tahun ke-5 hijrah, ALLAH menurunkan wahyu kepada Rasulullah SAW agar semua umat Islam wajib mengerjakan ibadah haji ke tanah suci Mekah sekiranya mampu. Pada suatu malam tahun ke-6 hijrah, Nabi Muhammad SAW bermimpi beliau bersama  para sahabat masuk ke Mekah dengan aman tanpa diganggu oleh sesiapa, lalu menceritakan mimpi tersebut kepada para sahabat. Mereka berasa sangat gembira malah ada antara mereka sudah membuat persiapan mahu berangkat ke Mekah bagi mengerjakan umrah. 

Bertitik tolak dari mimpi Rasulullah SAW, beliau bersama 1400 orang Islam Madinah menuju ke Mekah bagi mengerjakan ibadah umrah. Kaum Musyrikin Mekah tidak gembira dengan khabar kedatangan rombongan Islam dari Madinah. Mereka sudah sedia menunggu dengan senjata terhunus. Saidina Uthman Bin Affan dihantar bagi berunding, namun tersebar pula berita yang beliau tewas di tangan musuh.

Demi sebuah perdamaian, kedua-dua pihak akhirnya bersetuju mengikat perjanjian yang dilihat berpihak kepada Musyrikin Mekah. Namun hakikatnya ia mengandungi seribu hikmah buat umat islam. Perjanjian Hudaibiyah adalah perjanjian sebelas syarat yang sebenarnya membuktikan ketenangan dan kebijaksanaan Rasulullah SAW.

Selepas Perjanjian Hudaibiyah, tiga orang pahlawan Quraisy yang hebat iaitu Khalid Al-Walid, Amru Al-Ash dan Uthman Bin Talhah memeluk agama Islam. Sesungguhnya perjanjian itu mengubah kedudukan Islam menjadi semakin kuat dan kedudukan kaun Quraisy di Mekah menjadi semakin lemah dalam masa yang singkat.