Sinopsis Buku

Padanya Ada Bahagia

Agama
PTS Litera Utama
978-967-408-232-1
Perpustakaan Awam Daerah Maran
268
User rating: / 
PoorBest 

Ulasan

Buku tulisan Dr. Robiah K.Hamzah ini sangat bagus dalam mendidik anak-anak terutama anak yang mengingkat remaja. Mendidik bukan sahaja memerlukan ilmu yang tepat. Malah lebih kepada pengalaman yang mampu meningkatkan keprihatinan kita dalam proses mendidik. Jikalau pendidik bahagia mendidik, hasilnya juga pasti melahirkan anak yang bahagia. Ini kerana, mereka dididik supaya berasa bahagia dalam menjalani kehidupan.

Dalam buku ini banyak tip-tip dan manual diberi supaya kita sebagai pembaca dapat praktikkan dalam mendidik anak-anak. Buku ini menceritakan kelakuan anak-anak di sekolah menengah. Penceritaan yang ringkas dan padat ini mudah difahami. Juga seronok di baca. Di berikan panduan dan tip yang boleh diikuti.

Buku ini boleh dijadikan panduan sebagai pendidik bagi membantu ibubapa menambah kekuatan sebagai pendidik anak-anak. Sama-sama kita membina karektor anak-anak sehingga mereka merasai sentuhan kita sebagai ibu bapa yang sekaligus adalah guru pertama mereka.