Sinopsis Buku

Sahabat Dijanjikan Syurga

Agama
Alief Mukhlis
978-967-0414-69-0
164
User rating: / 1
PoorBest 

Ulasan

Buku yang berjudul sahabat yang dijanjikan syurga ini merupakan sebuah buku yang menarik. Ianya menceritakan fakta, peribadi dan ketokohan enam orang sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Enam orang tokoh tersebut ialah Sayidina Abu Bakar As-Siddiq, Sayidina Umar AL-Khattab, Sayidina Uthman Bin Affan, Sayidina Ali Bin Abi Talib, Zubir Al-Awwam dan Saad Bin Abi Waqqas.

Menariknya buku ini, ianya menceritakan kehidupan peribadi tokoh dan personalitinya. Serta jalan penceritaannya yang ringkas dan padat serta mudah difahami pembaca. Ianya sesuai untuk semua peringkat umur terutamanya kanak-kanak. Membaca buku ini mudah kita fahami sejarah ketamadunan orang Islam di zaman para sahabat Nabi.

Buku ini dihasilkan adalah untuk memberi maklumat dan pemahaman serta penghayatan kita sebagai pembaca agar dapat mencontohi kebijaksanaan serta keperibadian tokoh-tokoh ini dalam kehidupan seharian.

Bacaan yang bermutu ini amat sesuai dijadikan panduan kepada anak-anak agar dapat membantu pembentukan pemikiran anak-anak. Seterusnya, menyumbang kepada pembangunan modal insan yang berkualiti.