Sinopsis Buku

101 Reaksi Hati

Agama
978-967-388-020-1
Perpustakaan Desa Sanggang
28
User rating: / 
PoorBest 

Ulasan

Buku 101 Reaksi Hati ini sangat menarik untuk dibaca tanpa mengira usia, kandungan yang terdapat di dalam buku ini mudah difahami kerana ianya dipersembahkan dalam bentuk santai dan disertakan dengan lukisan kartun berbentuk humor.

Di dalam buku ini terdapat hadis-hadis peninggalan Rasulullah S.A.W yang senang difahami serta dihayati buat penenang jiwa disamping itu terdapat pengajaran pada setiap hadis yang disertakan. Penyampaian hadis ini menjadi menarik kerana disertakan dengan lukisan kartun yang mana maksud penyampaiannya lebih mudah difahami daripada teori yang berjela-jela kerana sebuah lakonan akan cepat difahami daripada ucapan yang dilafaz.

Buku 101 Reaksi Hati ini sesuai dibawa kemana-mana sebagai bacaan ringan. Golongan remaja juga digalakkan membaca buku ini atau dijadikan koleksi peribadi kerana di dalam buku ini banyak terdapat hadis-hadis yang sesuai dijadikan pedoman buat remaja dalam menempuh kehidupan yang serba mencabar ini. Buku ini juga sesuai dijadikan cenderahati.

Kesimpulannya di sini, buku ini sungguh menarik dan setiap orang wajib membaca dan memilikinya.