#BUKUSYOK

Bila Hidayah Menyapa

Agama
Norhayati Jusoh
Casamas Resources Sdn Bhd
978-967-5994-93-7
151
User rating: / 
PoorBest 

Ulasan

Buku Bila Hidayah Menyapa ini merumuskan kompilasi lapan kisah hidup insan-insan terpilih menuju cahaya Ilahi. Mereka datang dari pelbagai latar belakang termasuk dari golongan elit agamawan yang akhirnya berpaling mencari erti makna kehidupan sebenar dalam memaknai perjalanan kehidupan yang ditempuhi. Pengembaraan melalui denai dan lurah yang penuh cabaran dan tragis, bukanlah suatu yang mudah dan indah. Hidayah adalah nikmat agung yang hanya dirasai oleh orang-orang yang ikhlas dalam memburu cintaNya serta sanggup menggadai kilauan perhiasan dunia.

Menelusuri jalur kehidupan mereka, bukan sekali air mata diseka. Menelusuri jalur kehidupan mereka, bukan setakat menambah iman di dada tetapi keazaman untuk terus mengikut jejak langkah yang dibina. Menelusuri jalur kehidupan mereka menyedarkan kita hidayah adalah kurniaan hebat ALLAH untuk memberi nilai tertinggi kepada manusia itu sendiri.