#BUKUSYOK

Saya Cuma Posmen

Agama
Ebit Lew
Grupbuku Karangkraf
978-967-86-0681-3
Perpustakaan Awam Daerah Pekan
49
User rating: / 
PoorBest 

Ulasan

Buku Saya Cuma Posmen merupakan kompilasi status-status Ustaz Ebit Lew di Facebook. Semua tulisan ini dicatat berdasarkan pengalaman beliau setiap hari. Kisah suka duka dikongsikan dengan pembaca bertujuan mengajak ke arah kebaikan.

Mata melihat. telinga mendengar, akal berfikir dan mulutnya menegur. Beliau memberi nasihat dalam bentuk memujuk dengan bercerita secara psikologi dan diplomasi. Ketika dia melihat, ada cerita yang berbaur manis dan pahit. Luahan hati setiap saudara seagamanya yang ditemui menzahirkan setiap kemelut masalah yang ditanggung.

Ketika mendengar, ada nada sebak yang akhirnya pecah dangan tangisan kerana mereka tidak lagi dapat menanggungnya seorang diri. Pengalaman sendiri yang berdepan dengan kata-kata penghinaan dan pernah dihalau ketika berdakwah banyak mematangkan dirinya sebagai pendakwah.

Sering beliau tekankan, manusia adalah makhluk yang lemah. Namun, kita punya ALLAH dan sebenarnya kita adalah milik-Nya. Sebagai hamba, kita wajib berpegang pada ajaran agama Islam, mencontohi cara hidup Rasulullah SAW dan sentiasa sujud untuk mengejar kasih sayang ALLAH.

Semoga naskhah ini memberi perubahan positif. Jadikan amalan ta'lim bersama keluarga sebagai asas mendidik isteri dan anak-anak. Agar kita menjadi Daie pada umat akhir zaman.