#BUKUSYOK

Fakta Saintifik Surah Yasin

Agama
Must Read
978-967-2038-16-0
Perpustakaan Desa Peramu Jaya
387
User rating: / 
PoorBest 

Ulasan

Buku Fakta Saintifik surah Yasin tulisan Zul Hilmei Mohamad Rohani ini dapat membantu pembaca dengan tip-tip dan olahan terperinci setiap bab. Buku ini juga dimuatkan contoh-contoh penulisan fakta, pengumuman dan pengajaran sebagai rujukan ringkas dan mudah difahami serta sesuai dijadikan sebagai contoh pencarian ilmu agama.

Fakta Saintifik Surah Yasin merupakan koleksi buku yang tujuan asal kajian untuk mencari bukti kekuasaan Allah S.W.T menghidupkan manusia yang telah mati. Mereka yang menolak kebangkitan semula akan menolak wujudnya syurga dan neraka, seterusnya menolak wujudnya Allah S.W.T sebagai Pencipta manusia. Dr. Wahbah Az-Zuhaili menyatakan surah Yasin mengemukakan bukti kepada manusia agar melihat kekuasaan Allah S.W.T seperti menghidupkan bumi yang mati menjadi subur. Buku ini menampilkan fakta-fakta kajian yang ada dalam surah Yasin bagi membuktikan bahawa kehidupan selepas mati itu memang benar-benar wujud.