#BUKUSYOK

Fiqah Berinteraksi Dengan Non-Muslim

Agama
2009
Telaga Biru Sdn. Bhd
297.567
978-967-5102-29-5
186
Perpustakaan Awam Daerah Bera
1281
User rating: / 2
PoorBest 

Ulasan

Masyarakat majmuk di Malaysia terdiri daripada Muslim dan Non Muslim.Dewasa ini, isu-isu perbezaan agama dan anutan mula tercetus dan menggugat keharmonian masyarakat kita.Oleh itu , memahami garis panduan yang telah disediakan syarak untuk orang Islam bergaul dengan masyarakat bukan Islam sangat penting.Isu-isu seperti daging babi, arak dan perebutan jenazah seharusnya ditimbang dengan neraca syariat , bukan sentimen kebangsaan yang tidak berasas.

Sebagai contoh, isu berkaitan khinzir.Hukum kenajisan khinzir menjadi fahaman yang disemai hingga setiap Muslim begitu jijik dengan haiwan ini.Bagaimana pula pandangan ulama yang lain.Tidak salah untuk menerima pandangan bahawa khinzir adalah najis tetapi tidak salah juga jika pandangan lain dihormati.

Buku ini juga mengupas tentang interaksi kehidupan antara Muslim dan Non Muslim seperti hidup berjiran dengan Non Muslim yang membela anjing, hukum berkongsi menyambut perayaan Non-Muslim,nafkah ibu bapa Non-Muslim mengangkat Non-Muslim sebagai wakil rakyat dan banyak lagi.