#BUKUSYOK

Padanya Ada Cinta

Agama
Bahruddin Bekri
2014
PTS Litera Utama
297.5677 BAH
PPAP
1233
User rating: / 
PoorBest 

Ulasan

Kisah-kisah tentang orang biasa yang digubah menjadi cerita penuh inspirasi. Kisah-kisah yang mengangkat perjuangan, putus harapan, kecewa, duka, air mata, bahagia, tawa dan juga senyuman.

Semua kisah itu terselit padanya suatu perkara, iaitu cinta daripada Tuhan untuk manusia. Cinta yang datang dalam pelbagai kisah. Kisah antara isteri biasa dan suami yang juga biasa-biasa. Kisah anak yang biasa dan ibu yang juga biasa-biasa. Kisah rakan-rakan yang biasa, kisah kekasih-kekasih yang biasa-biasa, dan banyak lagi watak yang biasa-biasa.

Kisah-kisah yang sederhana dan biasa, yang terkadang kita tidak sedari, dan terkadang kita tidak peduli, yang padanya ada cinta, lalu menjadikan kisah-kisah biasa ini, luar biasa.