PPAP menjayakan program #MalaysiaNgaji

KUANTAN, 30 Jun 2016 - PPAP telah menjayakan program #MalaysiaNgaji pada 29 Jun 2016 bersamaan 24 Ramadan 1437H. Antara pengisian program ini adalah Majlis Khatam Al-Quran yang disertai oleh staf PPAP, Klinik Al-Fatihah oleh Ustaz Mohd Zubair dan Tafsiran serta Tadabbur Surah Yaasin oleh Ustaz Hj Hamdan. Program ini juga turut disertai oleh ahli Kelab Warga Emas PPAP. Terima kasih pada semua yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Diharapkan program ini dapat mendekatkan kita dengan Al-quran dan akan diadakan lagi pada masa akan datang.

ngaji