Program Bersama Warga Emas

KUANTAN, 14 Oktober 2016 - Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang dengan kerjasama Klinik Kesihatan Kurni telah mengadakan Pelancaran Kelab Warga Emas Klinik Kurnia. Program yang bermula pada jam 8.30 pagi itu telah dimulakan dengan sesi pengisian Kesihatan Pergigian oleh Pegawai Klinik Kesihatan Kurnia serta Perkongsian Jaya oleh Kelab Warga Emas Klinik Kesihatan Tampoi dan Kelab Warga Emas PPAP. Pemeriksaan kesihatan juga turut diadakan pada hari tersebut.