Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit

KUANTAN, 25 April 2017 - Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit yang telah diadakan pada 25 April 2017 merupakan program yang diadakan seluruh Malaysia. Program ini telah bermula dari tahun 2014. Program ini merupakan langkah membentuk masyarakat ke arah minat membaca walaupun dalam tempoh yang singkat selama 10 minit. Ia juga sebagai sokongan daripada Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Awam Negeri bersama-sama kerajaan mengingkatkan tabiat atau budaya membaca di kalangan masyarakat. 

Perpustakaan Awam Pahang telah melaksanakan program ini dengan jayanya bersama-sama dengan penglibatan dari pelbagai pihak. Jutaan terima kasih kami ucapkan atas kerjasama yang diberikan. Diharapkan kerjasama ini akan berterusan untuk masa akan datang.

j1

j3

 j4

j5