Night @ De Library 2017

KUANTAN, 25 November 2017 -Buat pertama kalinya Perpustakaan Awam Pahang mengadakan program Night @ De Library. Program ini adalah sebagai usaha ke arah membudayakan inisiatif membaca dengan tujuan menjadikan perpustakaan sebuah organisasi yang relevan dalam pendidikan selepas waktu persekolahan ( school after school ). Selain itu, perpustakaan ingin mewujudkan sinergi pintar antara Perpustakaan Awam Pahang dengan pihak Jabatan Pelajaran, jabatan dan agensi lain dalam merangka proses pembelajaran sepanjang hayat yang holistik. Di samping itu, melahirkan masyarakat generasi muda yang mencintai ilmu, berakhlak mulia, mentaati agama dan berkemahiran tinggi. Program yang dilaksanakan ini juga merupakan sebagai langkah persediaan diri kanak-kanak dalam melangkaj ke alam remaja. Program ini telah disertai oleh kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah seramai 30 orang. Semoga program seperti ini dapat diadakan lagi dimasa akan datang.