Program Galakan Membaca di SMK Mat Kilau, Kuantan

KUANTAN, 21 Februari 2018 - Telah diadakan Program Galakan Membaca oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang di SMK Mat Kilau, Kuantan. Aktiviti yang diadakan sepanjang program berlangsung; Bengkel Newspaper Cutting, Projek Science Hero, Promosi Perkhidmatan u-Pustaka, Promosi Keahlian kelab Remaja, Sahabat Perpustakaan Awam, Promosi Pinjaman Kelompok. Jutaan Terima Kasih dan Syabas kepada warga SMK Mat Kilau di atas penglibatan semua dalam program ini.