Pengkisahan Sejarah Bentong: Peristiwa Pesawat Cessna

BENTONG, 6 Mac 2018 - Program Pengkisahan Sejarah Bentong tentang peristiwa pesawat Cessna telah diadakan di Perpustakaan Awam Daerah Bentong. Peristiwa pesawat Cessna yang membawa Tan Sri Ghazali Shafie dalam perjalanan ke Kuala Lipis terhempas di Kg. Janda Baik, Bentong pada 10 Januari 1982. Tiga orang ahli panel telah menceritakan pengalaman mereka sebagai saksi kejadian pada ketika itu. Ahli panel yang dijemput adalah Dato' Seri Johari Harun, Encik Abdul Rahim Bin Haji Sainan dan Imbak A/L Ibrahim. Moderator bagi sesi pengkisahan ini adalah Encik Ahmad Saifulnizam Bin Abdul Rahim. Tahniah diucapkan kepada kakitangan Perpustakaan Awam Daerah Bentong yang telah menjayakan program ini.