Night @ De Library 2018

KUANTAN, 17 Mac 2018 - Program Night @ De Library telah diadakan pada 16 -17 Mac 2018. Program 2 hari 1 malam ini penuh dengan pengisian untuk peserta yang terlibat. Antara aktivti yang dilaksanakan adalah solat berjemaah dan pengisian rohani oleh Dai' Niezal, Smart Leadership oleh saudara Farizan, senamrobik dan persembahan kebudayaan. Objektif program ini adalah untuk mendekatkan diri terutamanya generasi muda kini dengan dunia perpustakaan, menerapkan budaya cintakan ilmu, berakhlak mulia, berkemahiran tinggi serta mentaati agama dikalangan generasi muda dan melahirkan generasi muda yang mempunyai daya fizikal dan rohani yang mantap sebelum melangkah ke alam dewasa. Program ini telah disertai oleh 29 orang remaja berumur dari 13 hingga 17 tahun.