Bengkel Penulisan Kreatif Kanak-Kanak

KUANTAN, 25 April 2018 - Perpustakaan Awam Pahang telah mengadakan Bengkel Penulisan Kreatif Kanak-Kanak. Bengkel ini telah diadakan selama 2 hari. Bengkel ini telah disertai oleh pelajar-pelajar sekolah di sekitar Kuantan. PPAP telah menjemput Cikgu Azli Lee Bin Abdullah sebagai penceramah bengkel ini. Melalui bengkel ini peserta diajar bagaimana kaedah menulis cerpen, puisi dan skrip drama pendek yang betul. Peserta juga diberi peluang untuk mendeklamasikan sajak. Antara sekolah yang terlibat adalah SK Tanjung Lumpur, SK Kempadang, SK Indera Mahkota Utama, SK Tunku Azizah, SK Teruntum, SK Bukit Setongkol, SK Permatang Badak, SK Sungai Isap, SK Sungai Isap Murni, SK Batu Tiga, SK Kampung Belukar, SK Fakeh Abd Samad dan SK Pengkalan Tentera.

bengkel penulisan