Jom Baca Bersama Rapid Kuantan

KUANTAN, 24 April 2018 - Pada tahun ini sekali lagi Perpustakaan Awam Pahang bekerjasam dengan Rapid Kuantan bagi menjayakan sambutan Jom Baca. Kali ini kanak-kanak dari tadika terpilih telah bersama-sama kakitangan PPAP menaiki bas Rapid Kuantan melalui beberapa lokasi di sekitar bandar Kuantan dan membaca di dalam bas. Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit ini dijalankan serentak seluruh Malaysia pada jam 11.00 pagi. Semoga kerjasama antara PPAP dan Rapid Kuantan akan dapat diadakan lagi pada masa akan datang. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

rapid