Minggu Promosi Keahlian Perpustakaan Awam Pahang

KUANTAN, 15 Januari 2019 - Pihak Perpustakaan Awam Pahang telah mengadakan minggu promosi keahlian bermula 15 Januari sehingga 19 Januari 2019. Sepanjang minggu ini ramai pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli perpustakaan. Pengguna yang telah mendaftar sebagai ahli diberikan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan dari pihak perpustakaan. Pendaftaran keahlian kini lebih mudah hanya perlu membawa kad pengenalan bagi warganegara Malaysia, dan passport bagi bukan warganegara. Keahlian ini terbuka kepada semua peringkat umur. Diharapkan lebih ramai pengguna yang mendaftar sebagai ahli perpustakaan dan memanfaatkan segala kemudahan yang disediakan.

 promosi keahlian