Diskusi Ilmu: Bahagia Di Dunia, Berjaya Di Akhirat

KUANTAN, 25 Januari 2019 - Perpustakaan Awam Pahang telah mengadakan majlis Diskusi Ilmu dengan tajuk Bahagia Di Dunia, Berjaya Di Akhirat. Penceramah yang di jemput adalah Ustaz Abdul Hafiz Bin Mat Radzi atau lebih dikenali sebagai PU Angah. Majlis ilmu ini telah dihadiri oleh kakitangan Kolej Komuniti Kuantan dan kakitangan Perpustakaan Awam Pahang. Antara pesanan yang disampaikan ustaz adalah sebagai hamba ALLAH perlu belajar untuk redha dalam setiap sesuatu, bersyukur dengan setiap kurniaanNya dan lakukan setiap sesuatu itu dengan ikhlas jangan mengharapkan balasan manusia.

diskusi ilmu