Lawatan dari Kolej Komuniti Pekan

KUANTAN, 6 Mac 2019 - Lawatan dari Kolej Komuniti Pekan ke Perpustakaan Digital dan Sumber Media,PPAP (6 Mac 2019). Mereka turut diberi pendedahan ringkas terhadap perkhidmatan portal U-Pustaka dan Pangkalan Data. Portal U-Pustaka merupakan salah satu perkhidmatan yang menawarkan perkhidmatan pinjaman buku atas talian dan juga akses secara percuma kepada pangkalan data dalam pelbagai bidang. Layari portal U-Pustaka di url berikut http://www.u-library.gov.my. Kepada agensi dan institusi yang berminat untuk mengadakan lawatan, bolehlah menghubungi Bahagian Pembangunan & Korporat PPAP di talian 09-5155050.

lawatan