PPAP Menang Tempat Pertama Anugerah Transformasi u-Pustaka

KUANTAN, 23 November 2019 - Tahniah diucapkan kepada semua yang telah bertungkus-lumus dalam melestarikan u-Pustaka. Bagi Anugerah transformasi u-Pustaka 2019, PPAP telah memenangi tempat pertama bagi kategori Perpustakaan Awam. u-Pustaka ini merupakan satu inisiatif bagi menyediakan akses kepada gedung sumber ilmu pengetahuan kepada seluruh lapisan rakyat tanpa sempadan masa dan lokasi. PPAP akan terus mempromosikan u-Pustaka untuk dimanfaatkan oleh semua rakyat Pahang. Tahniah diucapkan juga kepada semua pemenang. Klik di sini untuk layari portal u-Pustaka.

76962315 3097465296937147 6304399897558777856 n