In4Skills Literasi Media dan Maklumat di SMK Paya Besar

KUANTAN, 5 Mac 2020 - Program In4Skills ini merupakan program yang memberikan pendedahan kepada pengguna berkenaan literasi media dan maklumat. Para pelajar diberikan pendedahan penggunakan u-Pustaka sebagai jaringan utama pencarian maklumat untuk pembelajaran mereka. Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga SMK Paya Besar, Kuantan atas kerjasama yang diberikan. Diharapkan segala perkongsian dari pihak perpustakaan ini dapat diaplikasikan oleh para pelajar dalam pembelajaran mereka di sekolah.

in4skills