Let's Talk : Otai vs Baru

KUANTAN, 6 Jun 2021 - Sempena sambutan Hari Pustakawan 2021, Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah mengadakan sesi siaran langsung bual bicara bertajuk "Let's Talk : Otai vs Baru". Sesi ini telah diadakan melalui medium laman rasmi muka buku PPAP. 
Antara panel yang terlibat adalah Encik Mohammad Noor bin Abdul Rahman, Puan Maria binti Hamzah, Encik Mohd Norshazlin bin Sa'adun Nazir dan Encik Muhammad Zharfan Zuhair bin Mohd Zaki. Moderator bagi sesi siaran langsung ini pula adalah Encik Mohd Faizal bin Ahmad. Diharapkan dengan sesi bual bicara ini setiap penonton akan mendapatkan manfaat darinya. Terima kasih diucapkan kepada semua di atas sokongan yang tidak pernah putus kepada setiap program yang dilaksanakan oleh PPAP. Bual bicara ini boleh ditonton semula di pautan berikut : Lets Talk : Otai vs Baru

2021-KK bicara pustakawan