Data Terbuka

SUMBER: http://www.data.gov.my/page/termsofuse

Layari www.data.gov.my untuk maklumat lanjut berkenaan Data Terbuka Kerajaan.

 

Definisi Data Terbuka adalah data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsi dan digunakan semula oleh rakyat, agensi Sektor Awam atau Swasta.

Perlaksanaan Data Terbuka Kerajaan bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan awam terhadap maklumat kerajaan. Ia juga salah satu kriteria penilaian global dalam perkhidmatan E-Kerajaan.


Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat seperti di bawah:

1. Penggunaan data di bawah terma ini pemilik data memberi kebenaran penggunaan data tanpa sebarang caj.

2. Pengguna boleh melaksanakan perkara yang berikut:

i)   Salin, terbit, edar dan pindah data;

ii)  Adaptasi data;

iii) Guna data secara komunikasi dan tidak komersial; dan

iv) Gabung data dengan data lain atau rangkum data dalam produk atau aplikasi.

3. Sekiranya melaksanakan mana-mana daripada yang dinaytakan pada para 2, pengguna hendaklah:
i)   Menyatakan sumber data dalam produk atau aplikasi berdasarkan pernyataan yang ditentukan oleh pemilih data;

ii)  Menyediakan pautan kepada Terma Penggunaan ini; dan

iii) Sekiranya pemilik data tidak menyediakan pernyataan pemilik harta intelek data, pengguna hendaklah menggunakan pernyataan 

seperti berikut: "Data dan maklumat tertakluk di bawah Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan Malaysia 1.0"

4. Pengecualian

Terma Penggunaan ini tidak memperuntukkan sebarang hak terhadap:

i)  Data Peribadi;

ii) Nama, jata , logo atau sebarang simbol rasmi pemilik data;

iii) Logo organisai sektor awam atau jabatan;

iv) Lambang diraja dan lambang tentera;

v)  Hak pihak ketiga yang mana pemilik data tiada kuasa terhadapnya;

vi) Sebarang hak harta intelek termasuk paten, tanda dagangan dan hak reka bentuk; dan

vii) Dokumen identiti seperti Pasport Malaysia, MyKad.

5. Tiada Jaminan

i)  Data adalah dalm bentuk seperti yang disediakan oleh pemilik data. Pemilik data dikecualikan daripada sebarang representasi, waranti, obligasi dan liabiliti berhubung data; dan

ii)  Pemilik data tidak bertanggungjawab terhadap sebarang ralat dan kehilangan data. Pemilik data juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang jenis kehilangan, kecederaan atau kerosakan kesan daripada penggunaan data tersebut. Pemilik data tidak memberikan jaminan data disediakan secara berterusan.