Arkib Maklum Balas / Pertanyaan

BIL PENDAPAT / CADANGAN / PERTANYAAN MAKLUM BALAS / TINDAKAN
1 Saya pelajar salah sebuah universiti tempatan dan bakala menjalani latihan industri pada sem depan. Saya berminat untuk menjalani latihan tersebut di PPAP. Soalan saya, bagaimanakah cara untuk saya memohon tempat untuk menjalani latihan di PPAP. Pihak PPAP perlu meneliti kesesuaian jurusan yang diambil oleh pemnohon. Sila kemukakan permohonan kepada Pengarah Perpustakaan Awam Pahang.
2 Saya pelajar Diploma Rekabentuk Grafik Politeknik Muadzam Shah. Saya ingin membuat permohonan untuk menjalankan kajian bagi projek akhir pengajian di PPAP. Pihak PPAP perlu meneliti kesesuaian jurusan yang diambil oleh pemohon. Sila kemukakan permohonan kepada Pengarah Perpustakaan Awam Pahang.
3 Adakah PPAP membuat sumbangan buku ? Permohonan sumbangan buku boleh dihantarkan kepada Pengarah Perpadanan Perpustakaan Awam Pahang atau boleh hubungi 09-5155050 (Unit Korporat) untuk sebarang pertanyaan.
4 Apakah prosedur untuk lawatan ke PPAP? Pihak pemohon perlu menghantar surat permohonan untuk lawatan ke PPAP dengan lengkap maklumat seperti berikut:
-Tarikh
-Masa
-Bilangan peserta dan guru pengiring
-Nombor telefon

Setelah surat diterima, pihak PPAP akan menghubungi pihak puan/tuan.
5 Di sekitar Beserah adakah terdapat perpustakaan awam?

Untuk makluman puan di sekitar Beserah ada perpustakaan Desa Balok bersebelahan pejabat Penghulu. DIbuka dari hari Selasa- Sabtu.

Sebagai rujukan puan, berikut adalah senarai perpustakaan di bawah kelolaan Perpustakaan Awam Pahang:

http://www.pahanglibrary.gov.my/rangkaian/senarai-perpustakaan