Soalan Lazim

PPAP sedang mengemaskini maklumat, selaras dengan peningkatan perkhidmatan kami. Sebarang pertanyaan, hubungi 09-515050 atau email kepada kami melalui ruangan maklumbalas. Terima kasih.

KEAHLIAN PERPUSTAKAAN

Q

Berapakah jumlah yuran yang perlu saya bayar untuk menjadi ahli perpustakaan?

A

Yuran dikenakan mengikut peringkat umur

  •       Kanak-kanak = RM 7
  •       Belia = RM 9
  •       Dewasa = RM 12
 

Q

Apakah keperluan untuk menjadi ahli?

A

Anda perlu mengisi borang keahlian yang boleh diperolehi di kaunter perpustakaan atau dimuat turun di laman web perpustakaan.

Lengkapkan borang dan hantar ke kaunter perpustakaan.

Sertakan perkara berikut:

i.Salinan Sijil Kelahiran/ Kad Pengenalan

ii.Gambar berukuran IC

PINJAMAN BAHAN

Q

Berapakah jumlah buku yang boleh dipinjam dan tempoh masa pinjaman?

A

2 buah buku sahaja boleh dipinjam dalam masa 2 minggu.

 

Q

Apakah yang perlu saya lakukan untuk melanjutkan tempoh pinjaman?

A

Lanjutan kali pertama boleh melalui telefon.Untuk kali kedua dan ketiga perlu datang ke perpustakaan (3 kali lanjutan sahaja)

 

Q

Saya ingin meminjam buku dibahagian rujukan?

A

Buku rujukan termasuk Koleksi Ulangkaji dan Koleksi Negeri/ Daerah tidak boleh dipinjam. Hanya boleh  rujukan dan pembacaan dalam perpustakaan  sahaja.

 

Q

Berapakah bayaran denda yang dikenakan bagi buku lewat pulang, rosak atau hilang?

A

Lewat pulang – RM0.20 sehari sebuah buku

Hilang - Bayaran mengikut harga buku seperti di dalam sistem

 

Q

Bagaimanakah untuk saya mendapatkan informasi tentang buku yang ingin dicari?

A

  •       Sila rujuk papan pengkelasan yang terdapat di perpustakaan ATAU
  •       Mengunakan terminal OPAC ATAU
  • Sila rujuk kepada petugas di kaunter pinjaman dan rujukan.

TATACARA BERPAKAIAN

Q

Bagaimanakah cara berpakaian yang dibenarkan memasuki perpustakaan?

A

Berpakaian sopan dan kemas. Tidak memakai pakaian yang jarang, ketat, singkat dan tanpa lengan.

LAIN- LAIN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN

Q

Berapakah harga sewa sebuah peti simpanan barang dan photostat?

A

Harga sewa sebuah peti simpanan RM 0.20 dan harga sehelai kertas photostat RM 0.10 (max = 10 helai)

 

Q

Berapakah jumlah bayaran yang dikenakan untuk penggunaan internet?

A

Tertakluk kepada perpustakaan, ia berbeza mengikut penyedia perkhidmatan Internet

 

Q

Adakah perkhidmatan mencetak(print) disediakan?

A

Ada perpustakaan yang menyediakan dan ada yang tidak.

 

Q

Adakah perkhidmatan wi-fi disediakan?

A

Kebanyakan perpustakaan menyediakan. Sila rujuk kaunter perpustakaan