Pendahuluan :
Kelab Warga Emas Rakan PPAP merupakan satu kelab yang telah ditubuhkan oleh pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang pada tahun 1995. Sehingga kini, ahli Kelab Warga Emas Rakan PPAP ini telah mempunyai seramai 72 orang ahli yang merangkumi pesara-pesara kerajaan dan bukan kerajaan yang berumur 55 tahun ke atas termasuklah pesara-pesara di kalangan anggota polis dan tentera.
Visi :
Mewujudkan warga emas yang produktif untuk Negara di dalam usia emas.
Misi :
Bertindak untuk menjadikan warga emas yang berpengetahuan, aktif, dan berkualiti dalam menjalani kehidupan di usia emas.
Objektif Penubuhan :
- Menarik minat golongan warga emas untuk terus membaca sepanjang hayat.
- Memberi peluang dan ruang untuk golongan warga emas berkumpul, berkenalan, dan melaksanakan aktiviti bersama.
- Memberi peluang dan ruang untuk golongan warga emas berkongsi pengalaman dan pengetahuan.
- Memberi peluang dan ruang untuk golongan warga emas berkongsi kemahiran dan bakat.
- Supaya golongan warga emas tidak berasa tersisih.
- Supaya golongan warga emas dapat bersama dengan generasi muda / baru.
Keahlian :
- Keahlian adalah percuma dan seumur hidup. Borang keahlian boleh didapati daripada Unit Literasi PPAP.