Pemulangan Buku Melalui Gelongsor Buku (Bookdrop)

 

PEMULANGAN BUKU PERPUSTAKAAN MELALUI GELONGSOR BUKU (BOOKDROP)

 

Gelongsor Buku atau 'Bookdrop' yang terletak di sebelah kiri pintu masuk Perpustakaan boleh digunakan untuk memulangkan buku semasa Waktu Perkhidmatan Perpustakaan ditutup. Anda hanya perlu memasukkan buku ke dalam 'Bookdrop' dan resit akan dikeluarkan.

Sila simpan resit anda sebagai bukti bahan telah dipulangkan. Sila pastikan bahan yang basah tidak dipulangkan melalui Gelongsor Buku (Book Drop). Kemudahan ini juga terdapat di sebelah kanan pintu pagar masuk ke Perpustakaan.

BOOKDROP

CARA UNTUK MEMBUAT PEMULANGAN BUKU PERPUSTAKAAN MELALUI

GELONGSOR BUKU (BOOKDROP)

1. Pilih bahasa (Bahasa Malaysia / Bahasa Inggeris)

2. Sila masukkan buku anda satu persatu.

3. Tunggu 10 saat untuk menamatkan transaksi anda.

4. Sila ambil resit yang dicetak.

 

* Jika buku anda tidak diterima oleh gelongsor buku (BookDrop)

sila pulangkan bahan tersebutdi kaunter khidmat pelanggan Perpustakaan Awam Pahang.

 

* Gelongsor buku akan menerima pemulangan buku anda walaupun anda mempunyai denda.

Sila bayar denda anda di kaunter untuk membolehkan anda meminjam buku seterusnya.