• splwpk-news

Data Terbuka PPAP

Data terbuka merujuk data kerajaan yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif kerajaan berpaksikan rakyat. Perlaksanaan data terbuka dapat meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan produktiviti dan ekonomi negara melalui industri atau inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan.

Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang telah mengambil tindakan mengenal pasti set data bagi pelaksanaan data terbuka dalam setiap bidang perkhidmatan agensi.

Penggunaan data atau pemggumaam semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat:

Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0

 

BIL DATA
1. Senarai Perpustakaan Awam Pahang Di Bawah Tadbir Urus Kerajaan Negeri Pahang
2. Daftar Jarak Antara Perpustakaan Di Negeri Pahang Mengikut Daerah

Puppet Show Bersama Tadika Ilmuan Junior

KUANTAN, 25 Januari 2018 - Perpustakaan Awam Pahang telah menerima lawatan dari anak-anak Tadika Ilmuan Junior. bagi mengisi slot lawatan ini, anak-anak Tadika Ilmuan Junior telah disajikan dengan Puppet Show dan Story Telling. Lawatan ini telah disertai oleh 93 orang pelajar dan 14 orang guru pengiring.



Jom Baca 5 Minit Di Dasar Laut

PULAU TIOMAN, 18 Ogos 2016 - Program Jom Baca 5 Minit Di Dasar Laut telah dianjurkan oleh Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan di Pulau Tioman. Ia bertujuan untuk mempromosi aktiviti selam skuba di dalam negara di samping mempromosikan tempat-tempat perlancongan yang menraik di Malaysia. Dalam program ini, Datuk Mas Emieyati Samsudin telah mengetuai peletakan tukun tiruan bagi program "Jom Baca 5 Minit Di Dasar Laut" yang ditaja oleh Gallery Book Store diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Salleh Saidin. Program ini turut dihadiri oleh Exco ( Pembangunan Wanita dan Keluarga) Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Shahaniza Binti Shamsuddin dan pengarah Pejabat Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang Datuk Idros Bin Yahya dan Pengarah Tourism Malaysia Pahang Mohd Faharuddin Hatmin serta Puan Hajah Faridzah Binti Jaafar, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

 membacadidasarlaut